priSISTEM
PENGANGKUTAN AWAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
Apa
itu pengangkutan awam?
Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)
Dalam
usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin
menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk
menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.
Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam
sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan
tersebut meningkat.
Pertama:
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;
Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;
Ketiga,
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
Keempat,
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.
Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
1. Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.
i) Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7
sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)
ii) Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit
aliran Kelana Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada
gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali
pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang
upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.
iii) Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik
Selatan
iv) Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang
akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat
menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6%
sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012
v) Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang
Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang.
vi) 850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan
perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad
53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.
USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM
ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
Idea
·
pengangkutan awam mampu
mengurangkan bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya
·
pengangkutan awam mampu
memendekkan tempoh perjalanan seseorang ke tempat kerja kerana mengambil masa
yang singkat untuk sampai ke destinasi
·
pengangkutan awam mampu mengelakkan
kesesakan lalu lintas di bandar-bandar terutama pada waktu puncak
·
pengangkutan awam berupaya
mengelakkan pencemaran udara melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara
·
pengangkutan awam berupaya
mengurangkan kemalangan jalan raya kerana perjalanan yang selamat dan selesa
·
pengangkutan awam berupaya
menjimatkan kos pengguna kerana harga tiket yang murah dan tidak membebankan
pengguna terutama yang berpendapatan rendah
Tugasan - usaha-usaha meningkatkan sistem pengangkutan
awam di Malaysia
Idea
·
kerajaan perlu meningkatkan
kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang
mantap dan dinamik
·
kerajaan perlu memperbanyak
pengangkutan awam bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama
di bandar-bandar utama
·
kerajaan perlu menyediakan
sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian
pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi
·
kerajaan perlu memikirkan cara
yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan
sistem membeli tiket secara berpepadu
·
kerajaan perlu menetapkan
harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan
pengguna terutama yang berpendapatan rendah
·
Sistem Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami
oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem
pengangkutan awam
·
pengusaha pengangkutan awam
perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan menepati
jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka
·
pengusaha pengangkutan awam
perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan
meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila
menaiki kenderaan mereka
·
pengusaha pengangkutan awam
perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam
pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya
·
pengusaha pengangkutan awam
perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum
menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga
boleh menyebabkan lalu lintas
·
pengusaha pengangkutan awam
perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang
menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna
terhadap pengangkutan awam
·
media massa perlu
menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas
·
masyarakat perlu menyahut
saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja
bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus
menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak
·
pihak sekolah perlu memberi
penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan
awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan
kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui
pembebasan asap daripada kenderaan
·
Selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian yang maju, Rancangan Fizikal Negara diwujudkan bagi menyokong dan menterjemahkan Dasar Pembangunan Nasional dalam konteks spatial. Pembangunan dan struktur ekonomi yang menekankan kepada perindustrian membawa kepada perubahan struktur spatial dalam negara dimana jika tidak dirancang secara komprehensif akan berlaku pembangunan ‘adhoc’ yang mungkin akan menimbulkan kesan negatif.
Sehubungan dengan itu
matlamat RFN Ke-2 adalah ‘Pembentukan satu rangkaspatial
negara yang efisien, saksama dan mampan untuk memandu pembangunan keseluruhan
negara ke arah mencapai tahap negara maju
danberpendapatan tinggi menjelang tahun 2020′. Ianya adalah selaras denganProgram Transformasi Ekonomi (ETP) ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Objektif utama RFN
adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di
peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sub-sektor elektronik,
pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pendidikan dan pelancongan
asas kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai objektif ini, sokongan, promosi,
dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang
berpotensi tertinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan
memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di
negara-negara jiran.
Bagi tujuan tersebut,
struktur dimensi fizikal negara perlu rasional dan sesuai bagi membolehkan
pencapaian pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing. Justeru RFN Ke-2
menganjurkan konsep Concentrated Decentralizationsebagai strategi pembangunan
negara . la bertujuan untuk mewujudkan persekitaran
kondusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara iaitu selarasBidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Konsep ini memberi
fokus kepada 2 perkara utama.
i.Bagi tujuan
mempertingkatkan daya saing negara, pembangunan perlu difokuskan kepada conurbation utama yang akan menjadi pusat
utama bagi pelaburan asing dan tempatan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor
Bahru dan Kuantan serta conurbation yang lain yang merupakan
kawasan paling berdaya saing dan tersedia dengan rangkaian pengangkutan,
infrastruktur dan perkhidmatan. Ini selaras dengan RMK10 yang melihat
aglomerasi bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dalam usaha kerajaan untuk
menjadi negara berpendapatan tinggi. Dari segi pembangunan industri, setiap conurbation akan menjadi tumpuan kluster
perindustrian. RFN Ke-2 mencadangkan jenis kluster perindustrian dalam kawasan conurbation yang menyokong bidang
pertumbuhan sasaran yang telah dikenalpasti dalam IMP3 (Third
Industrial Master Plan).
ii.Strategi Concentrated
Decentralization dalam
RFN Ke-2 turut menekankan supaya pembangunan perlu
difokuskan kepada lokasilokasi tertentu di sepanjang koridor yang berpotensi
iaitu koridor utara selatan (pantai barat), koridor pantai timur dan koridor
tengah serta koridor-koridor sekunder yang lain. Ini bagi mewujudkan
pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang.
Seiring dengan
semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; RFN Ke-2 telah
memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan
kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan
dengan menyediakan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan yang efisien disamping
menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan
ke peringkat global. RFN Ke-2 turut memainkan peranannya dalam menyokong
perlaksanaan NKRA seperti berikut:-
• Penyediaan
infrastruktur asas luar bandar; dan
• Menambahbaik sistem
pengangkutan awam bandar.
Dalam usaha ini RFN
Ke-2 mengunjurkan keperluan membangunkan sistem pengangkutan bersepadu di semua pusat bandar utama,
memperluaskan rangkaian jalan raya negara ke luar bandar atau antara wilayah
dan memastikan sistem kemudahsampaian tempatan yang cekap.
Dasar RFN Ke-2
berkaitan :
RFN
1
RFN KE-2 BERPERANAN
SEBAGAI RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL NEGARA UNTUK MENCAPAI PERANCANGAN GUNA
TANAH YANG BERSEPADU DAN MAMPAN SERTA SELARAS DENGAN DASAR-DASAR SEKTORAL YANG
LAIN
RFN
2
PUSAT PERTUMBUHAN
BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DICONURBATION STRATEGIK
RFN
3
PENDEKATAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERLU DIGUNAPAKAI DALAM
PERANCANGAN WILAYAH KURANG MAJU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN
PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN WILAYAH
RFN 5
PERANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERLU MENGGUNAPAKAI
STRATEGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (IMP3) UNTUK
MENCAPAI DAYA SAING GLOBAL MELALUI TRANSFORMASI DAN INOVASI SEKTOR PEMBUATAN
DAN PERKHIDMATAN
RFN 9
KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU
DIBANGUNKAN AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN
KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK
RFN 14
TUMPUAN PERTUMBUHAN BANDAR PERLU DITAMPUNG DI DALAM
CONURBATION YANG DIRANCANG DAN DIMAJUKAN SECARA BERSEPADU SELARAS DENGAN DASAR
PERBANDARAN NEGARA
RFN 15
PERTUMBUHAN EMPAT CONURBATION UTAMA IAITU KUALA LUMPUR, GEORGE
TOWN, JOHOR BAHRU DAN KUANTAN PERLU DISOKONG UNTUK MEMPERTINGKAT DAYA SAING DI
PERINGKAT GLOBAL
RFN 17
BANDAR BERCIRI KHAS PERLU DIKENALPASTI DAN PROJEK
PEMBANGUNAN YANG MEMPERKUKUHKAN CIRI-CIRI ISTIMEWA TERSEBUT PERLU DISOKONG
DENGAN INFRASTRUKTUR YANG BERSESUAIAN
RFN 18
PUSAT PETEMPATAN UTAMA DAN PUSAT PETEMPATAN KECIL
PERLU DIKEKAL DAN DIBANGUNKAN MENGIKUT POTENSI EKONOMI SETEMPAT
RFN 28
RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU
DIWUJUDKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN
RFN 30
RANGKAIAN JALAN RAYA NEGARA PERLU DIPERLUASKAN UNTUK
KEMUDAHSAMPAIAN DI PERINGKAT WILAYAH DAN TEMPATAN
RFN 32
KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU
DIGALAKKAN SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN
AWAM
RFN 33
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN
DI SEMUA PUSAT BANDAR UTAMA
RFN 34
RFN KE-2 AKAN MENYEDIAKAN RANGKA KERJA SPATIAL BAGI
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU DI PERINGKAT NEGARA, WILAYAH
DAN CONURBATION UTAMA
Perkembangan sektor pengangkutan
darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an apabila penjajah British
meluaskan kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini telah mengalami
perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga telah menimbulkan
masalah kesesakan jalan raya yang serius.
Kini, semua orang harus menerima
hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung
jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala Lumpur
umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya
setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya
ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan
pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah,
sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan.
Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin
tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.
Faktor lain yang tidak kurang
pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang mendiami bandar besar
itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada
penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8
peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula,
kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di
bandar-bandar besar. Bagi bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah
meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada
tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk
yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk
dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan
sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk
petempatan penduduk.
Kemalangan jalan raya juga merupakan
punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan
menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah
salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang
tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya.
Kesesakan jalan raya menimbulkan
pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat
kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja
terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang.
Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang
bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak
produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi.
Kerja-kerja yang sepatutnya boleh
dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya.
Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu
tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk
sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.
Satu lagi akibat daripada kesesakan
jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius
boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi
bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah
gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan
ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa
menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar
psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah
ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan
bunyi bising.
Kesimpulannya, semua pihak terbabit
perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan
sosioekonomi yang lebih serius.
Pandangan Anda Mengenai "Langkah
Menangani Kesesakan Lalu Lintas"
2011-08-12 12:10:48
|
CRI
|
Pada
penghujung tahun lalu, dasar baru untuk menangani kesesakan lalu lintas telah
dicapai oleh kerajaan Beijing. 28 langkah yang diputuskan termasuklah pemberian
sijil pendaftaran kereta melalui sistem cabutan, menambah laluan khas untuk
kenderaan awam dan meningkatkan bayaran letak kereta di kawasan pusat bandar
dan sebagainya. Setelah langkah-langkah tersebut dilaksanakan selama lebih
setengah tahun, apakah keadaan bandar Beijing sekarang? Adakah situasi
kesesakan lalu lintas dapat diredakan?
Menurut
statistik Jawatankuasa Lalu Lintas Beijing, indeks kesesakan lalu lintas dalam
kawasan pusat bandar Beijing sudah turun secara ketara. Misalnya indeks purata
lalu lintas masa-puncak dalam kawasan tersebut pada hari kerja didapati ialah
4.4. Ini penurunan sebanyak 26.9% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun
lalu.
Tetapi
pada masa yang sama, 52.77% pengundi dalam soal selidik umum pada penghujung
bulan Jun lalu berpendapat langkah-langkah menangani kesesakan jalan tersebut
tidak berkesan. Menurut hasil soal selidik yang sama, seramai 42.9% pengundi
menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pemberian sijil pendaftaran kereta
melalui sistem cabutan, manakala 30% merasakan langkah tersebut berguna, tetapi
masih perlu diubahsuai menjadi lebih terperinci.
Dengan
kenaikan tinggi dalam kadar bayaran letak kereta, dalam tempoh tiga bulan
kebelakangan ini jumlah kereta yang berulang alik di kawasan pusat bandar
menurun 12%. Bejing sebenarnya kekurangan tempat letak kereta. Jumlah tempat
letak kereta di seluruh bandar Beijing mencatat 2.5 juta buah, nisbah tempat
letak kereta dengan jumlah kereta hanya 0.63:1. Ini jauh lebih rendah daripada
piawaian antarabangsa, iaitu 1.15-1.3:1.
Bagaimana
langkah yang selanjutnya untuk terus menangani kesesakan lalu lintas? Keadaan
lalu lintas berkait rapat dengan kehidupan harian kita semua. Moga-moga
pengalaman Beijing dalam menangani kesesakan lalu lintas boleh menyumbangkan
sedikit sebanyak kepada negara-negara di Asia Tenggara.
Apakah
keadaan lalu lintas bandar raya di negara anda sendiri? Apakah langkah yang
dilaksanakan pihak berkuasa untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas? Anda
dialu-alukan berkongsi pandangan dengan kami dalam ruangan Suara Sutera pada 24
dan 31 Ogos nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan
lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.
2. Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam
i Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012
iv Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
v Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh
vi. Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.
3 Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.
i Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.
4. Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
i Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.
Ii 13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.
5. Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)
i Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat, Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
NKPI bagi NKRA
Pengangkutan Awam
Kategori
|
Hasil pada 2010-2011
|
Bas
|
·
200 bas baru
·
4 koridor baru bagi bus expressway transit
·
800 perhentian bas yang dinaiktarafkan
|
Rel
|
·
26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya
|
Integrasi
|
·
Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar
Tasik Selatan
·
Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan
menawarkan tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai
·
4,000 petak letak kereta baru di stesen rel
|
Rangkaian
|
·
Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang
tidak membayar samannya
·
Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat
bandar pada waktu puncak
|
Rapid KL
|
·
Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi
mengurangkan pemindahan penumpang dan menjimatkan masa
·
Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL
bernilai RM150 bagi membenarkan perjalanan tanpa had menggunakan semua
perkhidmatan Prasarana iaitu bas RapidKL, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan
Monorel
|
KTM
Komuter
|
·
Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada
20 minit kepada 15 minit, di laluan bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke
Kajang dan Kuala Lumpur ke Shah Alam
·
Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja
|
Nota:
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)
Kesimpulan
Kerajaan telah menunjukkan
kesungguhannya dalam NKRA bagi mempertingkatkan pengangkutan awam. Ia bertujuan
memudahkan rakyat menikmati khidmat pengangkutan awam yang sistematik. Yang
penting di sini, rakyat diminta untuk meninggalkan kereta persendirian dan mula
menggunakan pengangkutan awam. Sekali lagi, bermulalah dengan langkah kecil :
Cubalah perkhidmatan bas tempatan pada hujung minggu atau komited untuk
menggunakan pengangkutan awam satu hari dalam seminggu. Pengangkutan awam
adalah pilihan terbaik.
Pikat rakyat guna kemudahan awam
|
|||||||
BUNYI bingit hon kenderaan dan asap kotor
sentiasa mewarnai bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Pulau Pinang. Tidak kira masa, waktu dan keadaan, ia pasti menyelubungi
setiap telinga warga kota. Sama ada pagi, petang, mahupun malam, kesesakan
lalu lintas bagai tiada penghujungnya.
Senario ini bukan baru di negara Asia seperti
Malaysia, bahkan turut melanda beberapa bandar raya lain seperti Bangkok dan
Jakarta.
Antara faktor penyumbang kepada kesesakan jalan
raya di negara ini ialah keengganan warga kota menggunakan pengangkutan awam.
Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur
2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.
Situasi ini secara tidak langsung menyumbang
kepada penambahan jumlah kereta di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu
lintas selain pencemaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Datuk Solah Mat Hassan berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi
mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas, terutama di Kuala Lumpur, antaranya
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. "Kerajaan sudah
mengambil inisiatif memperbaiki dan memperkasa sistem pengangkutan awam di
Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Diharap usaha ini akan memberi lebih
kebaikan kepada pengguna," katanya kepada Metro Ahad.
Berikut beberapa langkah yang diambil: *
Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya. Di bawah sistem ini
beberapa inisiatif diambil, misalnya meningkatkan kapasiti komuter dan sistem
transit aliran ringan (LRT) sebanyak 1.7 hingga empat kali ganda (bergantung
kepada laluan tertentu), penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem
transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang khas bagi penumpang berkerusi
roda dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta lampu amaran di pintu untuk
golongan kurang upaya (OKU) serta tingkap kecemasan, pembinaan Terminal
Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TPBBTS) selain laluan bas
merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang yang akan diperkenalkan secara
berperingkat-peringkat * Merangsang permintaan bagi menarik rakyat
menggunakan pengangkutan awam. Antara diperkenalkan adalah konsep '1 tiket 1
perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta baru di 14 stesen rel utama
di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012, meningkatkan perkhidmatan bas
pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang
mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT bersepadu
secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua
agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan
berat memasuki kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga
terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula
di ITT Bandar Tasik Selatan. Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua
jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota,
Hentian Putra dan Pudu bagi memudahkan aliran lalu lintas dari kawasan
pinggir bandar ke pusat bandar * Menguruskan permintaan melalui faktor
tolakan. Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25 peratus dan sistem
perkhidmatan pengangkutan awam ditambah baik, masa perjalanan akan ditepati,
keselesaan dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan
awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya
dalam sekelip mata. Banyak aspek perlu diperbaiki dalam memperkasa
pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Penekanan khusus
sudah dan akan diambil di bawah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Kini, dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12
peratus individu daripada jumlah populasi penduduk Lembah Klang menggunakan
pengangkutan awam," kata Solah.
Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai
600,000 atau 25 peratus penduduk sekitar Lembah Klang akan menggunakan
perkhidmatan awam itu menjelang penghujung 2012.
"Bagi
merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap pengangkutan awam,
meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah perjalanan,
meningkatkan kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan kenderaan
berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti
penambahbaikan dan pembinaan lebuh raya serta jalan bertingkat di kawasan
mempunyai aliran trafik tinggi dan langkah lain turut dibuat dari semasa ke
semasa," katanya.
Solah berkata, masalah kesesakan lalu lintas
adalah senario biasa dihadapi seluruh dunia.
Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di
Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan disebabkan
kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu 7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada
jumlah kenderaan yang tidak terkawal di ibu kota.
Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak
9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh
negara berdaftar dengan JPJ.
"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula,
sebanyak 69,149 bas, 84,661 teksi dan 18,300 kereta sewa pandu sendiri
didaftarkan. Bilangan kenderaan barangan pula sebanyak 966,177 dan kenderaan
lain 493, 451.
"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama
adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara,
manakala laporan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menyatakan
kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari di Kuala Lumpur,"
katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini
berlarutan, ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan
rakyat sama ada daripada segi ekonomi sosial mahupun pembangunan negara.
"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan
penggunaan minyak kenderaan, selain produktiviti individu di tempat kerja
mungkin terjejas kesan kelesuan menempuh kesesakan sewaktu pergi dan balik
kerja setiap hari.
"Daripada segi sosial pula, individu hanya
mempunyai masa terhad di rumah dan beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan
di jalan raya. Atas sebab ini, inisiatif seperti NKRA Pengangkutan Bandar
diberi perhatian, malah langkah jangka panjang dibuat bagi mengatasi masalah
ini dan ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang pada masa
sama memastikan modul insan negara ini dapat digunakan sepenuhnya untuk
pembangunan negara," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO | 22 MEI 2011
Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada
Negara Kita
Kepentingan
Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita
Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu, peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik. Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula, sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita. Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Gara-garanya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara . Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini, kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi. Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tajuk : Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan
Negara
Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara .
Apakah yang
dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan
pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu
tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan .
Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian
perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem
pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak
swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik
ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi –
disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna
sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan
negara.
Melihat
kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan
awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api ,
LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan
rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api
dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan
yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi
tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan
pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi
negara seterusnya menjana pembangunan negara .
Sistem
pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang
bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan
lancar dan efisyen . Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan
terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf
dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang
canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana
ia menyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan
yang jauh dan amat diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem
pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut
membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah
maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak
ketinggalan dalam industri penerbangan ini .
Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di
laut dan tidak kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem
pengangkutan air juga memerlukan satu sistem yang sistematik maka ia turut
menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan – pelabuhan bertaraf dunia supaya
boleh menampung keperluan penggunaan kapal – kapal pengangkut yang besar
untuk berlabuh dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat
diurus dalam masa yang singkat dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat
penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan yang banyak dan
barangan berat melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua
turut memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu
disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta . Hal sedemikian turut
membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang dapat menjana pembangunan
negara .
Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya
yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara
dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang
serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh
rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf
dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak
akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem
pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara .
Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda
becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah
pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan
pembangunan negara .
Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap
pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik
dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem
pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi
dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara
sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang
sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang
didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan
jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi
keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk
mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara
.
Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih
lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau
Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika
sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu
negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana – mana
, kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya
pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah
mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter , LRT , monorel
turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan – pembinaan
sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka
pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman sekaligus
kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip
mata menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya
pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi
terurus , dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan
penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di
merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam
yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .
Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang
sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau
kembali sistem pengangkutan awam lama , pembinaannya tidak mementingkan
sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan
kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan
keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab
itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada
pembangunan yang menyeluruh . Ini sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan
para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu
bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan
negara . Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang
sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan
negara yang lebih teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada
kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori ,
kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan seumpamanya tetapi
perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu
sistematik - baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara .
Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam
penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan
raya , lebuh raya , setesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal
terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya : Semua ini
memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru
diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke
penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam
telah dapat menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti
kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara
tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam
yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira
ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin ,
tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan
negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat
selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin
keselamatan pengguna , memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai
ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat mengurangkan kemalangan atau
kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan sosial
yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan
awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul .
Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana
pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat ,
sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara
dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran
perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak
menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri
tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat
berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk
membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan
pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara .
Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh
pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam
yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja .
Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak
mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan
pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti
mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot , maka pembangunan negara
juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang
bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara .
Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam , ini
bermakna tiada pembangunan yang dilakukan . Berapa banyak prasarana ini yang
telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan moden
, canggih , termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan
pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan
keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya pembangunan
serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun .
Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan
pembangunan negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia
berlumba – lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada
pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna
pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor
penting yang dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah
maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat
di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam
– kabut serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan
sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara
itu sendiri .
Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat
seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara
mengabaikan sistem pengangkutan awamnya . Ia akan memberi impak yang amat
besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang , kemajuan
tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan untuk
rakyat , rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang
dapat dibawa untuk negara . Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika
dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan
dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem
pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara .
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan . Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka . Negara – negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera .
Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem
pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan
pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan
awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh . Dalam hendak
menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak
penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan
dan tapak , arkiteknya , juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli
koporat , para pemaju , usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi
penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini .
Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
dapat menjana pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang
sistematik dan terbaik . Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah
semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .
|
nsip, membuat hipotesis, meramal, mencetus idea
No comments:
Post a Comment