Saturday, February 21, 2015

latihan tatabahasa

LATIHAN
PENGETAHUAN BAHASA DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

LATIHAN 1

(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa
atau nama khas.
(i)         menduduki    -   mendudukkan
(ii)        menaiki         -     menaikkan

(iii)       memagari      -     memagarkan
(b)        Analisis setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan asingkan ayat
tersebut mengikut subjek dan predikat.
(i)         Restoran yang sedang dibina di bandar itu kepunyaan keluarga kami.
(ii)        Aminah menghidangkan sedulang makanan untuk kawan-kawan ibunya yang
sedang berbual-bual di ruang tamu.
(iii)       Perdana  Menteri  berhasrat  untuk  menjadikan  Malaysia  sebagai  sebuah
negara perindustrian menjelang tahun 2020.
(c)        Dalam   setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)         Hubungan  baik  antara  kedua-dua  orang  adik-beradik  itu  terjejas  akibat
daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki sebidang tanah.

(ii)        Negarawan itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai
perjuangan bangsa.

(iii)       Artis  popular  itu  diberi  tepokan  yang  gemuruh  sebaik  saja  memulai
persembahannya.

 (d)      Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)         Mereka tidak dapat masuk dalam dewan itu kerana pengawal yang bertugas
tidak memberikan kerelaan kepada mereka.

(ii)        Setiap peserta-peserta yang menyertai bengkel bahasa itu diminta kecamkan
struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.

(iii)       Oleh kerana selimut itu kotor, penolong rumah saya telah membasuhnya.

(e)        Bina satu ayat menggunakan  setiap peribahasa yang diberikan di bawah ini.
(i)         Bagai aur dengan tebing.

(ii)        Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
(iii)       Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

LATIHAN  2


(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa
atau nama khas.

( i )         kuasa
( ii )       berkuasa
( iii )      menguasai
( iv )      kekuasaan
( v )       penguasaan
( vi )      penguasa


(b)        Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.


( i )        Kami membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat
menarik di sekitar bandar Kota Tinggi.

( ii )        Anda berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan
untuk pengusaha batik tempatan.

( iii )       Wahab menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.
[ 6 markah ]

(c)        Dalam   setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


( i )          Jamal tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak melibati diri dalam
perlumbaan haram itu.

( ii )         Baju kebaya yang berwarnakan merah jambu itu memang cucuk dengan
Hayati.

( iii )        Kawasan yang disyakki menjadi tempat persembunyian kuncu-kuncu
pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.
[ 6 markah ]

(d)        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

( i )        Kajian yang dijalani oleh pihak MARDI telah berjaya menghasilkan
zuriat pokok yang bermutu tinggi.


( ii )       Peragawati yang bertugas dalam pesawat tersebut mengumumkan
supaya semua penumpang kembali pada tempat duduk dan memasang
tali  keledar.
( iii )      Persembahan budaya yang diadakan pada malam tersebut disertai
oleh beberapa kesatuan kesenian yang terkenal di negara ini.


(e)        Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Rakyat Malaysia hari ini semakin luntur pegangan walaupun di mana-mana
juga mereka berada di negara ini. Mereka hendaklah patuh akan undang-undang
supaya  kehidupan  lebih  harmoni.  Keadaan  bertambah  teruk  apabila  terdapat
segelintir pendatang asing yang datang ke bumi Malaysia ini menganggap negara ini
seperti negara mereka sendiri dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Kesannya,
perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin goyah. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu menjadi barah yang lebih kronik pada masa
akan datang.

   LATIHAN  3



(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
( i )      jejak    -  jejaka
( ii )      juang   -  jurang

( iii )     kawal   -  kawat


(b)        Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan
ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam  semula  jadi.  Negara  ini  terdiri  daripada  masyarakat  yang  berbilang  kaum. Kerajaan   mengadakan   pelbagai   usaha   mempromosikan   Malaysia.   Kerajaan mengadakan  kempen  Tahun  Melawat  Malaysia.  Malaysia  juga  menganjurkan pertandingan   sukan   bertaraf   antarabangsa.   Banyak   pelancong   mengunjungi Malaysia.  Ekonomi  Malaysia  meningkat.  Peluang  pekerjaan  terbuka  luas  untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

(c)        Dalam   setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)         Kerajaan menggesa gulungan remaja melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan dan mahir.
(ii)        Perabut yang dibeli oleh ayah itu mahal harganya kerana kayunya kualiti
tinggi dan diimport dari luar negeri.
(iii)      Anggarkan  sebanyak   10000   orang  penuntun  menyaksikan  persembahan
Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Nasional baru-baru ini.

(d)        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)         Sesebuah keluarga itu akan tinggal dalam suasana yang harmoni dan saling
faham-memahami  jika  ibu  bapa  dapat  mentadbir  rumah  tangga  dengan
cemerlang.
(ii)        Ibu bapa perlu membimbing akan remaja secara berterusan agar mereka
sentiasa memulihara disiplin diri untuk manfaat jangka panjang.

(iii)      Para petani yang bercocok tanam di tanah bukit itu telah mendapat khidmat
nasihat dari pegawai Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman.


(e)        Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.


Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis  juga.  Mereka  menyangka  bahawa  mereka  bijak  dan  dapat  melarikan  diri daripada polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.
[6
   LATIHAN 4
(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
(i)          pemindahan - perpindahan
(ii)         pelanggaran - perlanggaran

(iii)        penahanan - pertahanan
[6 markah]

(b)        Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)         Kerana kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan perkara lain
dalam mesyuarat semalam.

(ii)        Pelajar lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan
masalah pelajarannya.

(iii)       Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah
sekolah   luar bandar.


(c)        Dalam   setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i)         Rakyat yang pengetahuan luas dalam bidang teknoloji maklumat mempunyai
peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kerajaan atau swasta.

(ii)        Rakyat Malaysia sepatutnya mengembleng tenaga dan wang ringgit ke arah
membentuk nilai-nilai murni yang memberi kesan baik kepada masyarakat.

(iii)       Sejak pengswastaan Syarikat Telekom Malaysia Sendirian Berhad,
pengurusannya menjadi lebih efisyen.
[6 markah]

  (d)    Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i)         Para pelajar disarankan agar memberitahu wadar asrama sekiranya mereka
menghadapi lain-lain masalah.
(ii)        Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
prestasi pelajar-pelajar dalam sektor kokurikulum.

(iii)       Amnah dikenakan oleh guru untuk menceritakan kembali peristiwa itu kepada
rakan-rakannya di kelas 3 Cempaka.
[6 markah]


(e)        Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i)         Fikirlah  masak-masak  sebelum  menolak  tawaran  belajar  di  universiti
tempatan          kerana  kamu belum tentu diterima belajar di universiti luar
negara. Ibu khuatir ___________________ _______________________.
(ii)        Syarikat swasta digesa supaya tidak bersikap pilih kasih seperti kata pepatah
____________________   dalam   memberi   peluang   pekerjaan   kepada penduduk tempatan berbanding dengan pekerja asing

(iii)       Perbalahan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu menyebabkan
rakyat negara masing- masing hidup dalam ketakutan seperti ___________________.
                   
    LATIHAN 5

(a)        Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)         laki                   -           lelaki
(ii)        langit                -           lelangit

(iii)       rambut             -           rerambut



(b)        Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.
“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap wajah Cikgu Tipah.
“Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak dengan adik,”  jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian.  “Saya sebenarnya ingin mendapat
penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan ujian bulanan merosot,” kata Cikgu
Tipah sambil merenung ke wajah Aishah.


(c)        Dalam   setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i)         Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong-royong serta
menarik pelancong berkunjung negara ini.
(ii)        Encik Borhan menerima perlantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan
beliau itu berkuatkuasa pada 1 Mac 2006.
(iii)       Ibu mencadang kakak membawa rakannya bersiar-siar ke komplek beli-
belah.
                             (d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i)         Anak-anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana
perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.
(ii)         Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.

(iii)       Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis
yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.
                                                                          
(e)        Baca ayat - ayat di bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini .


(i)         Setiap pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan
itu tidak datang begitu mudah melainkan dengan usaha yang gigih.
(ii)        Walaupun Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu
dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan atau rakyat  bawahan.  Beliau  tidak  pernah  menganggap  imejnya  akan  terjejas akibat pergaulannya itu.
(iii)       Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima pengalaman
di luar negara dan telah tinggal di luar negara lebih sepuluh tahun. Walaupun mempunyai  syarikat  yang  besar  di  sana,  beliau  akhirnya  meninggalkan perniagaan itu dan kembali ke tanah air untuk berbakti.
                                                                                                                                                       
  LATIHAN 6
(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh    menambahkan    imbuhan,    menukarkan    imbuhan    atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)            kemas
(ii)           mengemaskan
(iv)          kekemasan
(v)           harga
(vi)          menghargai
(vii)         penghargaan
(b)        Berdasarkan   ayat-ayat   di   bawah,   bina   ayat   tanya   dengan
menggunakan  kata  tanya  yang  betul.  Kata  tanya  yang  digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.

(i)         Mereka bersenam petang tadi
(ii)        Encik Samad pengurus besar syarikat itu.

(iii)       Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam
pelajaran.

(iv)       Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium
Bukit Jalil.

(v)        Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi)       Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja
bulat

(c)        Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan   penggunaan   imbuhan.   Senaraikan   dan   betulkan
kesalahan-kesalahan   itu.   Bagi   setiap   ayat,   anda   tidak   boleh
menyenaraikan  lebih   daripada   satu  kesalahan   ejaan  dan   satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i)         Pertunjukan  akrobatik  yang  mengkagumkan  itu  mendapat
tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii)        Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakkan supaya
memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.



(iii)       Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejarkan ke hospital
dengan menggunakan sebuah ambulan.


(d)        Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan  itu.  Anda  tidak  boleh  menyenaraikan  lebih
daripada  tiga  kesalahan  penggunaan  kata  atau  istilah  dan  tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Sederetan   umah-rumah   telah   musnah   dalam   kebakaran di tapak perumahan   tersebut.   Anggota   pasukan    bomba    telah    bergegas   ke
tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara.
Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat
ditafsirkan lagi.


(e)        Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal
insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-
guru   hendaklah   menjalin hubungan yang   erat   dengan murid-murid   di
samping bekerjasama bagai .............. .(i)...
Selain   itu, mereka   perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk
menempa kecemerlangan kerana ................. ...(ii)........... ..Sebagaimana
yang diketahui, resepi kejayaan   seseorang   murid   ialah permuafakatan
antara   guru   dengan ibu   bapa   dalam   melaksanakan pelbagai program
untuk    meningkatkan    prestasi   murid-murid   dalam   akademik.   Apabila
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana... ...(iii)...

 LATIHAN 7

(a)       Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i)         hiruk-pikuk                                                    (iv)       senang-lenang

(ii)        selok-belok                                                   (v)       lintang-pukang

(iii)       lambat-laun                                                   (vi)       kenduri-kendara

[ 6 markah ]

(b)   Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat
         seperti yang berikut:

Subjek              :____________________________________

Predikat            :____________________________________

(i)            Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
(ii)           Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
(iii)          Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
(v)         Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
(vi)         Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok bergadai.
[ 6 markah ]

( c )      Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan   dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)   Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan
makanan   yang tidak bersih.

(ii)  Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk
melembuti kulitnya.

(iii)   Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti
kaedah   pelajaran terkini.
[ 6 markah ]


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
   atau  istilah
  dan satu kesalahan  tatabahasa. Senaraikan  dan betulkan
   kesalahan-kesalahan   itu.   Bagi setiap   ayat,   anda   tidak   boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i)   Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan
sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.



(ii)        Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara
langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

(iii)       Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan
silap laku dalam menjalankan tugas.
[ 6 markah ]


(e)       Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah   :Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adap resam mereka. Ikutlah
nasihat orang tua-tua, iaitu __________(i)__________________.

Syafik  :Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam
             hati saya.

Ayah   :Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin.
Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa_________(ii)_________
Syafik  :Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah   :Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak-banyaknya kerana ________(iii)_______           [ 6 markah ]








4 comments: