Saturday, February 21, 2015

BINA AYAT

NOTA MEMBINA AYAT
Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh:

1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. AntiIsrael
ayat: Satu perarakan antiIsrael telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.

11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.

14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.

LATIHAN MEMBINA AYAT

Latihan 1.
Tuliskan satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. 
i.          belut 
ii.          belot 
iii.         sekat 
iv.        sakat 
v.         rempah 
vi.        rempuh                                                                                                                 [6 markah]

Latihan 2.
Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. 
(i)         biru                          -   haru-biru 
(ii)        lintang              -           lintang-pukang 
(iii)       sasap               -           susup-sasap                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    [6 markah]

Latihan 3.
Tuliskan dua ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. 
i.          haus 
ii.          alamat 
iii.         dingin 


                                                                                                                                        [6 markah]

No comments:

Post a Comment