Saturday, February 21, 2015
latihan tatabahasa
LATIHAN
PENGETAHUAN BAHASA DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
LATIHAN 1
(a) Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai
peribahasa
atau nama khas.
(i) menduduki - mendudukkan
(ii) menaiki - menaikkan
(iii) memagari - memagarkan
(b) Analisis setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian
kenal pasti dan asingkan ayat
tersebut mengikut subjek dan predikat.
(i) Restoran yang sedang dibina di bandar
itu kepunyaan keluarga kami.
(ii) Aminah menghidangkan sedulang makanan
untuk kawan-kawan ibunya yang
sedang berbual-bual di ruang tamu.
(iii) Perdana Menteri
berhasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah
negara perindustrian menjelang tahun 2020.
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Hubungan baik
antara kedua-dua orang
adik-beradik itu terjejas
akibat
daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki
sebidang tanah.
(ii) Negarawan
itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai
perjuangan bangsa.
(iii) Artis popular itu
diberi tepokan yang
gemuruh sebaik saja
memulai
persembahannya.
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Mereka
tidak dapat masuk dalam dewan itu kerana pengawal yang bertugas
tidak memberikan kerelaan kepada mereka.
(ii) Setiap peserta-peserta yang menyertai bengkel bahasa itu
diminta kecamkan
struktur ayat yang menyalahi hukum
tatabahasa.
(iii) Oleh
kerana selimut itu kotor, penolong rumah saya telah membasuhnya.
(e) Bina satu ayat menggunakan setiap peribahasa yang diberikan di bawah
ini.
(i) Bagai aur dengan tebing.
(ii) Bak
cendawan tumbuh selepas hujan.
(iii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
LATIHAN
2
(a) Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksudnya dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan sebagai peribahasa
atau nama khas.
( i ) kuasa
( ii ) berkuasa
( iii ) menguasai
( iv ) kekuasaan
( v ) penguasaan
( vi ) penguasa
(b) Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif
tanpa mengubah maksud
asalnya.
( i ) Kami
membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat
menarik di sekitar bandar Kota Tinggi.
( ii ) Anda
berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan
untuk pengusaha batik tempatan.
( iii ) Wahab
menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.
[ 6 markah ]
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
( i ) Jamal tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak
melibati diri dalam
perlumbaan haram itu.
( ii ) Baju
kebaya yang berwarnakan merah jambu itu memang cucuk dengan
Hayati.
( iii ) Kawasan
yang disyakki menjadi tempat persembunyian kuncu-kuncu
pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.
[ 6 markah ]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
( i ) Kajian
yang dijalani oleh pihak MARDI telah berjaya menghasilkan
zuriat pokok yang bermutu tinggi.
( ii ) Peragawati
yang bertugas dalam pesawat tersebut mengumumkan
supaya semua penumpang kembali pada tempat
duduk dan memasang
tali
keledar.
( iii ) Persembahan
budaya yang diadakan pada malam tersebut disertai
oleh beberapa kesatuan kesenian yang terkenal di negara
ini.
(e) Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Rakyat Malaysia hari ini semakin
luntur pegangan walaupun di mana-mana
juga mereka berada di negara ini. Mereka hendaklah patuh akan undang-undang
supaya kehidupan lebih harmoni. Keadaan bertambah teruk apabila terdapat
segelintir pendatang asing yang datang ke bumi Malaysia ini menganggap negara ini
seperti negara mereka sendiri dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Kesannya,
perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin goyah. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu menjadi barah yang lebih kronik pada masa
akan datang.
juga mereka berada di negara ini. Mereka hendaklah patuh akan undang-undang
supaya kehidupan lebih harmoni. Keadaan bertambah teruk apabila terdapat
segelintir pendatang asing yang datang ke bumi Malaysia ini menganggap negara ini
seperti negara mereka sendiri dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Kesannya,
perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin goyah. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu menjadi barah yang lebih kronik pada masa
akan datang.
LATIHAN 3
(a) Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda
tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
( i ) jejak - jejaka
( ii ) juang - jurang
( iii ) kawal - kawat
(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda
dikehendaki menggabungkan
ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.
Malaysia
merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam semula jadi.
Negara ini terdiri
daripada masyarakat yang
berbilang kaum. Kerajaan mengadakan
pelbagai usaha mempromosikan Malaysia.
Kerajaan mengadakan kempen
Tahun Melawat Malaysia.
Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan
bertaraf antarabangsa. Banyak
pelancong mengunjungi
Malaysia. Ekonomi Malaysia
meningkat. Peluang pekerjaan
terbuka luas untuk dinikmati
oleh rakyat Malaysia.
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Kerajaan
menggesa gulungan remaja melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan dan mahir.
(ii) Perabut
yang dibeli oleh ayah itu mahal harganya kerana kayunya kualiti
tinggi dan diimport dari luar negeri.
(iii) Anggarkan sebanyak 10000 orang
penuntun menyaksikan persembahan
Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Nasional
baru-baru ini.
(d) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Sesebuah
keluarga itu akan tinggal dalam suasana yang harmoni dan saling
faham-memahami jika ibu
bapa dapat mentadbir
rumah tangga dengan
cemerlang.
(ii) Ibu bapa perlu membimbing akan remaja secara berterusan
agar mereka
sentiasa memulihara disiplin diri untuk manfaat jangka
panjang.
(iii) Para petani yang bercocok tanam di tanah bukit itu telah
mendapat khidmat
nasihat dari pegawai Jabatan Pertanian untuk meningkatkan
hasil tanaman.
(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan
ini.
Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran
pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis juga.
Mereka menyangka bahawa
mereka bijak dan
dapat melarikan diri daripada
polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.
[6
LATIHAN 4
LATIHAN 4
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan daripada pasangan
perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud
dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan perkataan
sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) pemindahan - perpindahan
(ii) pelanggaran - perlanggaran
(iii) penahanan
- pertahanan
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
(i) Kerana kesuntukan masa, mereka tidak
sempat membincangkan perkara lain
dalam mesyuarat semalam.
(ii) Pelajar
lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan
masalah pelajarannya.
(iii) Cikgu
Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah
sekolah
luar bandar.
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Rakyat
yang pengetahuan luas dalam bidang teknoloji maklumat mempunyai
peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kerajaan atau
swasta.
(ii) Rakyat
Malaysia sepatutnya mengembleng tenaga dan wang ringgit ke arah
membentuk nilai-nilai murni yang memberi kesan baik
kepada masyarakat.
(iii) Sejak
pengswastaan Syarikat Telekom Malaysia Sendirian Berhad,
pengurusannya menjadi lebih efisyen.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Para
pelajar disarankan agar memberitahu wadar asrama sekiranya mereka
menghadapi lain-lain masalah.
(ii) Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk
meningkatkan lagi
prestasi pelajar-pelajar dalam sektor
kokurikulum.
(iii) Amnah dikenakan oleh guru untuk menceritakan kembali
peristiwa itu kepada
rakan-rakannya di kelas 3 Cempaka.
[6 markah]
(e) Lengkapkan
ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Fikirlah masak-masak
sebelum menolak tawaran
belajar di universiti
tempatan kerana kamu belum tentu diterima belajar di
universiti luar
negara. Ibu khuatir ___________________
_______________________.
(ii) Syarikat swasta digesa supaya tidak bersikap pilih kasih
seperti kata pepatah
____________________ dalam
memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan berbanding dengan pekerja
asing
(iii) Perbalahan
antara pemimpin kedua-dua buah negara itu menyebabkan
rakyat negara masing- masing hidup dalam
ketakutan seperti ___________________.
LATIHAN
5
(a) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah
supaya jelas menunjukkan
perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh
menambah imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan tersebut sebagai
peribahasa dan nama khas.
(i) laki - lelaki
(ii) langit - lelangit
(iii) rambut - rerambut
(b) Tukarkan
cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.
“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap
wajah Cikgu Tipah.
“Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni.
Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak dengan adik,” jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian. “Saya sebenarnya ingin mendapat
penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan ujian bulanan merosot,” kata Cikgu Tipah sambil merenung ke wajah Aishah.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian. “Saya sebenarnya ingin mendapat
penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan ujian bulanan merosot,” kata Cikgu Tipah sambil merenung ke wajah Aishah.
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan
gotong-royong serta
menarik pelancong berkunjung negara ini.
(ii) Encik Borhan menerima perlantikan sebagai pengarah
syarikat dan lantikan
beliau itu berkuatkuasa pada 1 Mac 2006.
(iii) Ibu
mencadang kakak membawa rakannya bersiar-siar ke komplek beli-
belah.
dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Anak-anak
dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana
perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.
(ii) Kita
tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.
(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata
di dalam majlis
yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena
persaraannya.
(e) Baca
ayat - ayat di bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini .
(i) Setiap
pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan
itu tidak datang begitu mudah melainkan dengan usaha
yang gigih.
(ii) Walaupun
Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu
dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan
atau rakyat
bawahan. Beliau tidak
pernah menganggap imejnya
akan terjejas akibat pergaulannya itu.
(iii) Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima
pengalaman
di luar negara dan telah tinggal di luar
negara lebih sepuluh tahun. Walaupun mempunyai syarikat
yang besar di sana, beliau
akhirnya meninggalkan perniagaan itu dan kembali ke tanah air untuk
berbakti.
LATIHAN 6
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kemas
(ii) mengemaskan
(iv) kekemasan
(v) harga
(vi) menghargai
(vii) penghargaan
(b) Berdasarkan ayat-ayat
di bawah, bina
ayat tanya dengan
menggunakan
kata tanya yang
betul. Kata tanya
yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.
(i) Mereka
bersenam petang tadi
(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
(iii) Murid
itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam
pelajaran.
(iv) Pertandingan
akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium
Bukit Jalil.
(v) Kren
digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui
rundingan meja
bulat
(c) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Pertunjukan akrobatik
yang mengkagumkan itu
mendapat
tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii) Semua
peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakkan supaya
memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejarkan ke
hospital
dengan menggunakan sebuah ambulan.
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan
kata
atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Sederetan
umah-rumah telah musnah
dalam kebakaran di tapak
perumahan tersebut. Anggota
pasukan bomba telah
bergegas ke
tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara.
Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat
ditafsirkan lagi.
tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara.
Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat
ditafsirkan lagi.
(e) Isi
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah
merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal
insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-
guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di
insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-
guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di
samping bekerjasama bagai .............. .(i)...
Selain itu,
mereka perlulah berusaha dengan gigih
dan rajin untuk
menempa kecemerlangan kerana ................. ...(ii)........... ..Sebagaimana
yang diketahui, resepi kejayaan seseorang
murid ialah permuafakatan
antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program
untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana... ...(iii)...
antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program
untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana... ...(iii)...
LATIHAN 7
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) hiruk-pikuk (iv) senang-lenang
(ii) selok-belok (v) lintang-pukang
(iii) lambat-laun (vi) kenduri-kendara
[ 6 markah ]
(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat
seperti yang berikut:
Subjek :____________________________________
Predikat :____________________________________
(i)
Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
(ii)
Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
(iii)
Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
(v) Murid yang pintar itu
bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
(vi) Demi membiayai kos pelajaran
anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok bergadai.
[ 6 markah ]
( c ) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pengusaha
kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan
makanan
yang tidak bersih.
(ii) Peragawati
itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk
melembuti kulitnya.
(iii) Penggunaan
peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti
kaedah
pelajaran terkini.
[ 6 markah ]
(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
(i) Pencemaran
alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan
sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka
masa panjang.
|
(ii) Amalan
pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara
langkah yang berkesan supaya mencegah
pelbagai penyakit.
(iii) Tindakan
tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan
silap laku dalam menjalankan tugas.
[ 6 markah ]
(e) Baca
dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah :Syafik,
jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adap resam mereka.
Ikutlah
nasihat orang tua-tua, iaitu
__________(i)__________________.
Syafik
:Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam
hati saya.
hati saya.
Ayah :Di
luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin.
Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini
kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa_________(ii)_________
negara, bak kata peribahasa_________(ii)_________
Syafik :Saya
tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah :Satu
lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak-banyaknya kerana
________(iii)_______ [ 6 markah ]
Subscribe to:
Posts (Atom)